Melihat kekejaman tentera Israel di Bumi Gaza, Palestin, masyarakat dunia khususnya umat Islam yang berasa marah, sedih dan geram. Paling menyedihkan hasil serangan tersebut, yang paling ramai terkorban ialah penduduk awam, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Salah satu cara yang ampuh untuk melawan Israel ialah dengan menggugat
ekonominya. Cara yang paling berkesan ialah memboikot membeli barangan yang berada di pasaran yang dipercayai kepunyaan syarikat milik Israel, Yahudi dan sekutunya. Apabila semua umat Islam memboikot barangan Israel dan sekutunya secara besar-besaran, maka akan lumpuhlah ekonomi mereka dan akhirnya tidak mampu lagi untuk menjana dana untuk membuat senjata.
Ramai kita khususnya orang Islam tidak sedar yang kita banyak menggunakan barangan mereka dalam kehidupan seharian. Malah banyak syarikat mereka tumbuh bak cendawan di seluruh dunia. Maka rtidak hairanlah ekonomi Israel dan sekutunya banyak berada dalam ‘perut oranng Islam’.
JADI MULAI SEKARANG, WAJIB KITA UNTUK TIDAK LAGI MEMBELI BARANGAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA. MARI KITA BOIKOT BERAMAI-RAMAI. INSYAALLAH DENGAN USAHA KITA INI MAMPU MEMBANTU SAUDARA KITA DI PALESTIN.
INGATLAH :
“SATU RINGGIT ANDA GUNA UNTUK MEMBELI BARANGAN DARI SYARIKAT INI, ANDA SEBENARNYA MENYUMBANG SATU PELURU UNTUK TENTERA ISRAEL GUNA UNTUK MEMBUNUH SAUDARA KITA DI PALESTIN “
Barang-barang lain, syarikat dan jenama yang perlu diboikot serta sebab-sebabnya baca ini : http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
Filed under: Palestin, pengumuman











Makkah al-Mukarramah
Madinah al-Munawwarah



Israel memang kurang ajar..Harap2 Alla Mmempertahankan Umatnya!!