Bersemperna kemerdekaan ke-52, satu projek filem pendek telah diusahakan yang dinamakan 15Malaysia.
15 Malaysia adalah 15 filem pendek mengenai Malaysia hasil gabungan usaha antara pengarah, pelakon, ahli muzik, dan ahli politik tempatan yang cool di Malaysia. Projek ini diterbitkan oleh Pete Teo dan ditaja oleh P1.
Beberapa orang ahli politik negara seperti Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan juga Khairy Jamaluddin.
Yang paling menarik ialah penampilan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam filem yang bertajuk “The Tree” arahan Amir Muhammad. Dalam filem pendek ini, Tuan Guru memberikan pandangan mengenai faedah menanam pokok, sebagai salah satu cara untuk mengumpul pahala.
Tonton video selepas ini..
p/s : Kata-kata Tuan Guru pada akhir filem amat bermakna dan wajar menjadi renungan kita sebagai seorang Islam.











Makkah al-Mukarramah
Madinah al-Munawwarah