Dalam kita berusaha mengamalkan sunnah Nabi s.a.w ketika berbuka puasa iaitu mulakan dengan memakan buah kurma / tamar, rupa-rupanya pihak Israil mengambil kesempatan menjual produk tamar mereka.
Saya menyeru kepada semua kaum Muslimin agar tidak membeli Kurma yang dipercayai keluaraan kilang Israel. Boikot barang mereka, jangan beli barang mereka.
Jika anda terlihat jenama kurma King Solomon, Jordan River, Carmel, Jordan Plains dan Jordan Valley atau tertulis “produced in the West Bank”, “Made in Israel” dan ”Made in West Bank”, jangan beli kurma tersebut.
Ingat, hasil duit pembelian barangan mereka akan digunakan untuk membina peluru untuk membunuh umat Islam khususnya di Palestin.
Filed under: Islam, Isu Semasa, Palestin, Pengguna, Umat Islam











Makkah al-Mukarramah
Madinah al-Munawwarah