Memperingati 60 Tahun Nakbah Di Palestin

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa 15 Mei 2008 yang lalu adalah ulangtahun ke-60 penubuhan negara haram Israel. Rampasan tanah Palestin yang ada di dalamnya Masjidil Aqsa (tempat Nabi s.a.w. Mikraj ke langit dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj) oleh Israel adalah tragedi paling besar tercatat dalam sejarah Arab dan Islam.

Bermula dari tarikh 15 Mei 1948 lah mengakibatkan beribu-ribu para pejuang dan penduduk Palestin gugur syahid, jutaan pelarian Palestin yang meninggalkan tanahairnya sendiri akibat pebcerobohan ini, masyarakat Palestin berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga ramai anak-anak Palestin menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli oleh tentera Israil ini.

Seharusnya sebagai orang Islam, kita perlu prihatin terhadap peristiwa penting ini dan tida duduk diam melihat kekejaman ini berterusan. Marilah kita berdoa agar Al-Aqsa tetap dalam keadaan selamat dan semoga Allah membuka pintu hidayah kepada kita untuk bangkit memperjuangkan Palestin dan Islam .

Lihat entri ini untuk renungan kita semua :

  1. Nakbah 60 Tahun
  2. Sempena Nakbah 60 Tahun Palestin
  3. 60 Tahun Terjajah, Hamas Kukuhkan Strategi Perjuangan.
  4. Khutbah Memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin  
  5. Nakbah: Bukan Lagi Harus Meratap!
  6. Masjid Aqsa Bakal Runtuh ?
  7. Baitul Maqdis Tanggungjawab Setiap Muslim
  8. Kewajiban Umat Islam Terhadap Palestin
  9. Meniti Jalan Ke al-Aqsa

How to Start a Blog

  1. Visit any one of these sites: www.wordpress.com, www.blog.com, www.livejournal.com, www.blogger.com, www.mindsay.com, www.diaryland.com, or www.blogdrive.com.
  2. Sign up.
  3. Choose from a gallery of ready-made templates to personalise what would eventually be your blog.
  4. Add stuff like your name, your pet peeves, and your pet’s pictures etc.
  5. Add more stuff like buttons, blog chalks, imoods, tagboards, guest maps, guestbooks, comment boxes for readers’ input, etc.
  6. Ask yourself whether you want your blog to be open to everyone with an Internet connection or just to a select few. Keep in mind that most blog sites offer a nifty feature which allows you to password-protect posts.
  7. Make your site look cool. Pick one of the many sets of predefined layouts and colour schemes that you fancy. Alternatively, edit your own.
  8. Start writing a post.
  9. And now, you have a blog. 😉

Sumber : AllMalaysia.info

16.05

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

Pada 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh keramat kepada semua pendidik yang bergelar guru atau cikgu di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tarikh sambutan hari guru tidak sama antara satu negara dengan satu negara yang lain. Ini kerana Sambutan Hari Guru Dunia ialah pada 5 Oktober setiap tahun. Oleh itu, 16 Mei bukanlah satu sambutan untuk guru secara global serata dunia. 

Inilah masa yang sesuai untuk menghargai dan mengenang jasa guru kita. Tanpa Guru, Siapalah Kita. Pengorbanan guru dan penat lelah mengajar, mendidik dan melayan kerenah kita di sekolah merupakan jasa yang tidak terbalas dengan nilai wang. seharusnya kita ‘berterima kasih’ dan menghormati mereka.

Sungguh sedih di zaman ini guru tidak lagi dihormati. Golongan ini dibenci, diperlekeh dan dipandang negetif. Mungkin sebab itu, ramai orang pandai tetapi ilmu tidak berkat.

 

Buat semua pendidik, andalah Pelita Yang Menerangi Malam,

Buat semua penuntut ilmu, marilah kita kembali merenung adab-adab menuntut ilmu dan menghormati guru..

 

“Selamat Hari Guru” buat semua guru yang pernah mengajar saya di :

1 ) SRK (1) Sultan Alam Shah, PJ

2) MATRI, Ps

3) API UM, Nilam Puri

4) API UM, KL

5) IPT, KL

Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua, Terima kasih cikgu 😉

GURU O GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Kini Pintu Rumah Dibuka…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Segala puji hanya bagi yang Esa, Penguasa Langit dan Bumi.. 

Tuan Rumah mengucapkan Ahlan Wa Sahlan, Selamat Datang, Welcome kepada semua pengunjung weblog Baitu Safi ini.

Setelah sekian lama tertangguh atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, dengan izinNya jua maka Weblog ini dapat dilancarkan. Tanpa menafikan kelemahan dan ketidaksempurnaan weblog ini berbanding weblog yang lain, moga kehadiran weblog ini dapat memeriahkan dan memberi manfaat kepada semua pengunjung weblog ini.

Sebarang cadangan dan pandangan yang diberi oleh pengunjung demi kebaikan weblog ini amat dihargai oleh Tuan Rumah dan diucapkan JazakaLLah Khairan Khasira..

Dalam Pembinaan

Minta maaf semua, weblog ini masih belum siap sepenuhnya..