16.05

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.

Pada 16 Mei setiap tahun adalah satu tarikh keramat kepada semua pendidik yang bergelar guru atau cikgu di Malaysia. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tarikh sambutan hari guru tidak sama antara satu negara dengan satu negara yang lain. Ini kerana Sambutan Hari Guru Dunia ialah pada 5 Oktober setiap tahun. Oleh itu, 16 Mei bukanlah satu sambutan untuk guru secara global serata dunia. 

Inilah masa yang sesuai untuk menghargai dan mengenang jasa guru kita. Tanpa Guru, Siapalah Kita. Pengorbanan guru dan penat lelah mengajar, mendidik dan melayan kerenah kita di sekolah merupakan jasa yang tidak terbalas dengan nilai wang. seharusnya kita ‘berterima kasih’ dan menghormati mereka.

Sungguh sedih di zaman ini guru tidak lagi dihormati. Golongan ini dibenci, diperlekeh dan dipandang negetif. Mungkin sebab itu, ramai orang pandai tetapi ilmu tidak berkat.

 

Buat semua pendidik, andalah Pelita Yang Menerangi Malam,

Buat semua penuntut ilmu, marilah kita kembali merenung adab-adab menuntut ilmu dan menghormati guru..

 

“Selamat Hari Guru” buat semua guru yang pernah mengajar saya di :

1 ) SRK (1) Sultan Alam Shah, PJ

2) MATRI, Ps

3) API UM, Nilam Puri

4) API UM, KL

5) IPT, KL

Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua, Terima kasih cikgu 😉

GURU O GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Advertisements

2 Responses

  1. Guru…
    Setiap yang bergelar insan pasti ada guru dalam hidupnya. Formal atau tak formal.

    Semasa kecil guru kita adalah ibu bapa,
    Semasa alam persekolahan kita kenali guru secara formal,
    Waktu meningkat dewasa dan di alam dewasa…guru kita adalah pengalaman yang lepas…

    Hidup ini tiada lepas dari guru…

    p/s-tq singgah blog saya. harap dapat menemui sesuatu kat sana…

  2. salam kenal yaa….
    selamat hari guru juga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: