Dua Pesta Buku Terkini

Bagi seorang yang suka membaca buku, pengemar dan pencinta ilmu, Pesta Buku pasti tempat yang ‘WAJIB’ dikunjungi. Setelah tamat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, kini ada dua Pesta Buku yang menarik untuk dikunjungi.

1) PESTA BUKU SELANGOR

Tarikh : 25 Julai hingga 3 Ogos 2008

Tempat : Kompleks PKNS, Shah Alam

Rujuk : http://www.pestabukuselangor.com

2) PESTA BUKU MALAYSIA 2008

Tarikh : 31 Julai hingga 3 Ogos 2008

Tempat : PWTC

Rujuk : http://www.pestabukumalaysia.com

Pelbagai acara dan tawaran yang menarik sepanjang dua pesta buku ini. Kunjungilah sambil menambah ilmu dengan banyak membaca. Jangan lupa, bawa keluarga dan anak-anak..

Why use WordPress?

WordPress

If you are new to WordPress and looking for reasons to use WordPress as a CMS (content management system) in your new website, let me give you some.

Open Source Software

WordPress is an Open Source software which allows it to be used free of cost. You can use it on any kind of personal or commercial website without have to pay a single dime for it. It is built on PHP/MySQL (which is again Open Source) and licensed under GPL.

User Friendly

You don’t really have to be experienced to use WordPress on your website. Nowadays most of the hosting companies provide the ability to install WordPress on your site at a single click of the mouse. The administration section is easy to navigate and its even easy to add articles/content to your website.

Themes Support

You will never run short of templates when using WordPress. If you don’t like the themes that come with the default installation of WordPress, you can hunt on the Internet and you will find thousands of free themes that you can download and use for your website. There are themes which can even make your website look like a regular site instead of a blog.

Plugins Extend Functionality

WordPress plugins allow you to do just about anything that you want and can be installed in a jiffy. For example, you want to paginate your blog posts, just look on Google and you can easily find the relevant plugin that will easily do the job for you.

Standards Compliant

WordPress is one software that follows all the Web Standards and keeps your blog or website compliant to all the rules that have to be followed when running a website.

SEO Friendly

Search Engines have to be definitely kept in mind when building a website. WordPress uses different functions which allow it to be search engine friendly. For example sending pings to other sites, making categories, tagging your posts, use of h1/h2 tags etc.

Large community Support

As per recent statistics, WordPress is used on more than 1% of the websites on the Internet in the world. There is a large user community backing the development of this software. So, whenever you face any problems, you can go through all the available WordPress forums and communities and find answers for all your questions.

So, you see the benefits of using WordPress now? And, you can add to this list by providing your feedback in the comments.

Sumber : Blog Oh Blog.com

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Kredit : TKOdaily.net

Dari KFC ke RFC

Bagi orang yang terlibat dengan MLM, pasti pernah mendengar Syarikat HPA . HPA ialah satu syarikat bumiputra Muslim Malaysia yang mengeluarkan produk berasaskan herba. Syarikat ini merupakan antara syarikat MLM yang terbesar di Malaysia. Antara produk HPA yang terkenal dan popular ialah Jenama Kopi Radix. (Pasti pernah dengar iklannya, ‘Mai secawan‘)

Kini HPA maju setapak lagi dalam menyediakan produk yang halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoren pertamanya, Radix Fried Chikcken (RFC). Restoren ini telah dibuka pada 25 Februari yang lalu di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Menurut Pengarah Urusannya, Tuan Haji Ismail Ahmad berkata, HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir tahun 2009. Selain itu, HPA menawarkan sistem francais kepada 500,00 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara termasuk Sabah dan Sawarak.

Kenapa RFC dibuka?


“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC.

Menu yang disediakan, pasti menyelerakan. Selain Ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk buger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim. RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

Bagi yang berpeluang ke Sungai Petani, singgah-singgahlah ke RFC ini. Dibuka setiap jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam setiap har. Pasti terangkat…

Rujuk : Laman Web HPA

If You Think..

If you think you are unhappy, look at them

If you think your salary is low, how about her?

If you think you don’t have many friends

If you think study is a burden, how about her?

When you feel like giving up, think of this man..

If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?

If you complain about your transport system, how about them?

If your society is unfair to you, how about her?

So…

Enjoy life how it is and as it comes

Things are worse for others and is a lot better for us. ; )

There are many things in your life that will catch your eye

but only a few will catch your heart….

Debat Anwar-Shabery Cheek : Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Akhirnya debat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia telah berjalan lancar semalam. Debat yang melibatkan dua pemimpin yang mewakili pimpinan kerajaan dan wakil pimpinan pembangkang. Peminpin yang dimaksudkan Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan Malaysia) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Parti Keadilan Rakyat). Dianjurkan oleh Agenda Daily, debat bertajuk Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’, diadakan pada di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Debat ini amat istimewa. Ia diadakan ala debat pemilihan Presiden Amerika. Dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, secara keseluruhannya ia dijalankan sebanyak 5 pusingan. Lebih menarik lagi, soalan yang diajukan bukan sahaja dari pengerusi majlis sahaja, malah ia turut melibat wakil pedebat. Wakil pihak Dato’ Ahmad Shaberyi ialah Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi, Naib Censelor Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala Encik Zulkifli Sulung (Pengarang Eksekutif Akhbar Siasah) mewakili pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Syukur al-hamdulillah, walaupun hanya 200 orang dibenarkan hadir majlis debat ini (50 orang jemputan dari pihak Dato’ Ahmad Shabery Cheek, 50 orang jemputan dari pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bakinya jemputan pihak penganjur) dan tidak dibenarkan berkumpul di depan DBP (atas faktor keselamatan), Debat ini dapat disaksikan oleh rakyat seluruh negara kerana ia dipancarkan secara lansung di kaca TV.

Siapa yang menang dalam debat ini? Itu bukan persoalan yang penting. Yang paling penting rakyat dapat menilai isu kenaikan minyak ini secara rasional, tidak hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Kesimpulan yang penting dari debat ini, pihak kerajaan mempertahankan tindakan menaikkan harga minyak dari RM1.92 ke RM 2.70 sebagai satu tindakan yang terpaksa dilakukan atas faktor kenaikan harga minyak dunia, manakala Dato’ Seri Anwar membentangkan gagasan dan mekanisma yang boleh dilakukan untuk meredakan beban rakyat iaitu menurunkan harga minyak pada esok harinya jika pihak pembangkang mengambil tampuk pemerintahan. (Lihat ulasan menarik daripada Haji Shamsudin Othman ).

Bagi yang tidak dapat menyaksikan debat bersejarah ini, lihat bingkisan ini.

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Bahagian 5

Nilai Seorang Pekerja Di Mata Prof. Diraja Ungku Aziz

Siapa tidak mengenali YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah:-

  • Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
  • Pencetus idea penubuhan
    • Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
    • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa)
    • Universiti Malaya
      • Akademi Islam
      • Pusat Asasi Sains
      • Pekanbuku.

Professor Diraja Ungku Aziz merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun (1968-1988).

Beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei 2005. Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dari kaca mata YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz , jika seorang pekerja itu :

“Rajin Berkerja, Rajin Bercakap”Bagus

“Rajin Berkerja, Malas Bercakap”Kena Buli

“Malas Berkerja, Rajin Bercakap”Wayang Cina

“Malas Berkerja, Malas Bercakap”Tak Guna

“Malas Berkerja, Suka Mengadu”Lalat Hijau

“Malas Berkerja, Suka Ponteng”Lebih Baik Berhenti

“Malas Berkerja, Suka Termenung”Lebih Baik Mati

“Rajin Berkerja, Rajin Mengadu”Kaki Bodek

Sebagai seorang pekerja, dimanakah kedudukan anda???

Sumber Biodata :http://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Aziz