Nilai Seorang Pekerja Di Mata Prof. Diraja Ungku Aziz

Siapa tidak mengenali YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah:-

  • Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II.
  • Pencetus idea penubuhan
    • Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH)
    • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa)
    • Universiti Malaya
      • Akademi Islam
      • Pusat Asasi Sains
      • Pekanbuku.

Professor Diraja Ungku Aziz merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun (1968-1988).

Beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei 2005. Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dari kaca mata YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz , jika seorang pekerja itu :

“Rajin Berkerja, Rajin Bercakap”Bagus

“Rajin Berkerja, Malas Bercakap”Kena Buli

“Malas Berkerja, Rajin Bercakap”Wayang Cina

“Malas Berkerja, Malas Bercakap”Tak Guna

“Malas Berkerja, Suka Mengadu”Lalat Hijau

“Malas Berkerja, Suka Ponteng”Lebih Baik Berhenti

“Malas Berkerja, Suka Termenung”Lebih Baik Mati

“Rajin Berkerja, Rajin Mengadu”Kaki Bodek

Sebagai seorang pekerja, dimanakah kedudukan anda???

Sumber Biodata :http://ms.wikipedia.org/wiki/Ungku_Aziz

Advertisements

3 Responses

  1. Tak boleh ikut sangat dia ni… tak islamik. Ckp ikut logik akal je…

  2. Benar, beliau tidak Islamik sebab bukan tokoh agama, namun ada benar pandangan beliau ini. Sekadar menjadi renungan dan motivasi bagi golongan pekerja..

  3. Ibnu Umar RA berkata : “Manusia yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah orang
    yang suka memaki dan mengutuk”. Sebagian ulama juga bertutur : “Mengutuk orang
    mukmin sama dengan membunuhnya”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: