MERDEKA!!

Hari ini ulang tahun kemerdekaan ke 51 bagi negaraku, MALAYSIA. Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan.

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Salam Merdeka. Dalam ghairah memperingati peristiwa bersejarah ini, jangan lupa menyambut bulan Ramadhan yang kian hampir… ; )

Advertisements

Salam Ramadhan al-Mubarak

Dari Salman Al-Farisi ra. berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban: Wahai manusia!! telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan penuh berkah, di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib, dan qiyamullailnya sunnah. Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan, maka seperti mendekatkan diri dengan kewajiban di bulan yang lain. Siapa yang melaksanakan kewajiban, maka seperti melaksanakan 70 kewajiban di bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah surga. Bulan solidaritas, dan bulan ditambahkan rezeki orang beriman. Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun ».Kami berkata : »Wahai Rasulullah, Tidak semua kami dapat memberi makan orang yang berpuasa ? ». Rasul shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Allah memberi pahala kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan satu biji kurma atau seteguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan dimana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Siapa yang meringankan orang yang dimilikinya, maka Allah mengampuninya dan dibebaskan dari api neraka. Perbanyaklah melakukan 4 hal; dua perkara membuat Allah ridha dan dua perkara Allah tidak butuh dengannya. 2 hal itu adalah; Syahadat Laa ilaha illallah dan beristighfar kepada-Nya. Adapaun 2 hal yang Allah tidak butuh adalah engkau meminta syurga dan berlindung dari api neraka. Siapa yang memberi makan orang berpuasa, Allah akan memberikan minum dari telagaku (Rasul saw) satu kali minuman yang tidak akan pernah haus sampai masuk syurga” (HR al-‘Uqaili, Ibnu Huzaimah, al-Baihaqi, al-Khatib dan al-Asbahani).

Allahumma, bariklana fi Rejab wa Sya’ban wa balighna ila Ramadhan…

Kerusi Parlimen Permatang Pauh Milik Siapa?

Pertembungan kerusi panas Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang bermula. Hari ini merupakan hari penamaan calon. Seperti yang diistiharkan oleh SPR, pilihanraya kecil ini akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Seperti yang sedia maklum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat akan bertanding di kawasan ini. Jika dilihat dalam rekod, kawasan ini sememangnya kawasan kubu kuat bagi Parti Keadilan. Ini kerana dalam 3 Pilihan raya Umum (1999, 2004 dan 2008), Parti Keadilan telah memenagi kerusi Parlimen ini melalui Datin Seri Wan Azizah Ismail. Pilihan Raya kecil ini diadakan berikutan pengosongan kerusi ini oleh penyandang kerusi ini (Datin Seri Wan Azizah) untuk memberi laluan kepada suaminya Dato’ Seri Anwar bertanding.

Mungkin ramai yang lupa bahawa 26 tahun yang lalu, kerusi kawasan ini dipegang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Ni kira umpama sireh pulang ke gagang.

Pihak Umno-BN mencalonkan Datuk Ariff Shah Omar Shah (ADUN Seberang Jaya) bagi menggalas tugas untuk merebut kembali kerusi ini. Ini diistihar sendiri oleh TPM, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Untuk informasi, seramai 58,459 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh dengan pecahan terdiri daripada 68.5 peratus Melayu, 24.79 peratus Cina , 6.3 peratus India dan 0.41 bangsa lain.

Siapa yang bakal menduduki kerusi panas ini? Kita tunggu 26 Ogos ini…

UPDATE :

Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini.

Calon KeADILan/Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Calon Umno/BN – Datuk Arif Shah Omar Shah

Calon AKIM – Hanafi Mamat

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (26.08.2008)

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, pada jam 10.05 malam tadi.

Seramai 47,356 atau 81 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Anda Telah Bersedia Untuk Bercouple Jika…

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan, menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika…

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…

Masih kandas ilmu fardu ain, mengaji al-Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang…aduhai!

Sumber : Seloka  Ustaz Zamri (Mari Mengaji).