Kerusi Parlimen Permatang Pauh Milik Siapa?

Pertembungan kerusi panas Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang bermula. Hari ini merupakan hari penamaan calon. Seperti yang diistiharkan oleh SPR, pilihanraya kecil ini akan diadakan pada 26 Ogos ini.

Seperti yang sedia maklum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat akan bertanding di kawasan ini. Jika dilihat dalam rekod, kawasan ini sememangnya kawasan kubu kuat bagi Parti Keadilan. Ini kerana dalam 3 Pilihan raya Umum (1999, 2004 dan 2008), Parti Keadilan telah memenagi kerusi Parlimen ini melalui Datin Seri Wan Azizah Ismail. Pilihan Raya kecil ini diadakan berikutan pengosongan kerusi ini oleh penyandang kerusi ini (Datin Seri Wan Azizah) untuk memberi laluan kepada suaminya Dato’ Seri Anwar bertanding.

Mungkin ramai yang lupa bahawa 26 tahun yang lalu, kerusi kawasan ini dipegang oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. Ni kira umpama sireh pulang ke gagang.

Pihak Umno-BN mencalonkan Datuk Ariff Shah Omar Shah (ADUN Seberang Jaya) bagi menggalas tugas untuk merebut kembali kerusi ini. Ini diistihar sendiri oleh TPM, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Untuk informasi, seramai 58,459 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen P44 Permatang Pauh dengan pecahan terdiri daripada 68.5 peratus Melayu, 24.79 peratus Cina , 6.3 peratus India dan 0.41 bangsa lain.

Siapa yang bakal menduduki kerusi panas ini? Kita tunggu 26 Ogos ini…

UPDATE :

Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini.

Calon KeADILan/Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Calon Umno/BN – Datuk Arif Shah Omar Shah

Calon AKIM – Hanafi Mamat

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (26.08.2008)

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, pada jam 10.05 malam tadi.

Seramai 47,356 atau 81 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Advertisements

2 Responses

  1. assalamualaikum

    Izinkan saya mengulas berkenaan dengan situasi politik negara skrg ini dari kacamata seorang “awam” dan tidak mempunyai kepentingan kepada mana-mana parti politik.

    1) Semua parti politik tidak mempedulikan suara rakyat

    Mudah nya kita mencongak berapa ramai rakyat yang bergiat aktif pada parti politik ini. Rakyat kita sebenarnya gemar menjadi pemerhati tetapi bukan peserta politik. Parti politik kita hari ini seolahnya lupa kepada golongan “pemerhati” ini yang boleh saya anggarkan berjumlah hampir 20 juta orang. Seandainya kita membuat undian, nescaya kita lihat semuanya berkata pilihanraya permatang pauh ini sesuatu yang tidak perlu pada situasi sekarang. Buang duit dan buang masa cuma semata untuk memilih calon perdana menteri. Rasulullah pernah berkata pemimpin yang sejati dipilih oleh rakyat tetapi pemimpin itu mestilah bukan mendambakan jawatan itu. Kenapa tidak menunggu hingga PRU13???

    2) Isu konspirasi politik

    Parti BN acapkali berkata isu sodomy bukan konspirasi pilitik. DSAI pula yakin berkata saya mangsa konspirasi. Siapa betul nie? Rakyat sebenarnya nak berkata , “Saya pedulik apa?” Rakyat hendak semua pemimpin duduk dan berbincang dan bukan duduk hentam satu sama lain. jangan kerana emosi, sampai kita berkata sumpah mubahalah itu tidak mengikut cara islam, sedangkan DSAI sendiri hendak diadili dengan cara hukum islam. Dimana premis DSAI? Saiful hanya bersumpah untuk mempertahankan diri , maka DSAI wajar juga mempertahan diri juga. BUKAN MENGELAKKAN DIRI!!!

    3) Ketuanan Melayu VS Ketuanan Islam

    Uniknya Malaysia ini ialah hatta bukan islam pun akan diberi taraf hak bumiputera sekiranya mereka memeluk islam. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bangsa melayu itu adalah beragama islam. Maknanya bukan melayu akan menikmati hak bumiputera sekiranya beragama islam. Jadi apa perlunya isu ketuanan melayu dan islam ini diperhangatkan? Yang rakyat mahukan, semua pemimpin melayu dan islam duduk bersatu mempertahankan hak melayu dan islam ini. Bukan duk menyalahkan satu sama lain pasal hak islam dan bangsa ini.

    4) Bukan Melayu Bergaduh?

    Pernah kita dengar bukan melayu bergaduh kerana ideologi politik? Mereka tetap bersatu walau ideologi politik berbeza. Renungkan lah!!!

  2. Sudah-sudahlah berpolitik. Kita hebat dah berpolitik. Sekarang,mari kukuhkan ekonomi pula. Kalau hidup merempat di bumi sendiri, tiada gunanya hebat berpolitik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: