Kasut tumit tinggi bahaya – CAP

Info daripada Utusan Malaysia

PULAU PINANG 8 Mei – Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.

Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.

”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,” katanya.

Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

”Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

”Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,” jelasnya.

Ambillah 10 perkara ….

Nabi Muhammad SAW bersabda:

‘Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.’

1) Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

2) Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

3) Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

4) Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

5) Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

6) Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

7) Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa

8) Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

9) Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

10) Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

SELAMAT HARI IBU!!!

Apapun panggilan yang kita panggil,

ibu

mama

ummi

mak

dan sebagainya

jasa mereka tidak dapat dibalas walaunpun kita beri seluruh harta seluas langit dan bumi. Moga Allah membalas jasa ibu kita dengan balasan sebaik-baiknya.

Catatan : Selamat hari Ibu buat ibuku yang tercinta, pendamping hidupku yang menjadi ibu kepada anakku dan seluruh yang bergelar ibu, semoga menjadi ibu-ibu yang terbaik untuk anak-anak kita di dunia dan akhirat.