Jenazah Syeikh Tantawi disemadi di Madinah

Sourse : Utusan Malaysia

 

Pegawai membawa keranda jenazah Sheikh Mohammed Sayed Tantawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, semalam. Jenazah Tantawi selamat dikebumi di Madinah, semalam. – Reuters


 

KAHERAH 11 Mac – Jenazah Sheikh Al-Azhar, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi hari ini selamat dikebumikan di Jannatul Baqee, Madinah yang menempatkan makam saudara- mara dan sahabat Nabi Muhammad SAW, selepas jenazahnya disembahyangkan di Masjid Nabi.

Jenazahnya sebelum itu diterbangkan dari Riyadh selepas menghembuskan nafas terakhir semalam, setelah mengadu sakit dada dipercayai akibat diserang sakit jantung.

Sementara itu, jawatan Sheikh Al-Azhar akan dipangku oleh timbalan beliau, Mohamed Wasel sehingga Presiden Mesir, Hosni Mubarah melantik ketua baru institusi Islam tersebut.

Wasel, sebelum ini mengepalai jawatankuasa dialog antara agama Al-Azhar, yang mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir yang menghantar sarjananya untuk mengajar di negara dunia Islam.

“Kerajaan biasanya memilih ulama berfahaman sederhana dan apa yang kami minta adalah seorang yang akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan tidak akan berat sebelah kepada kerajaan tetapi mengutamakan kebenaran,” kata Sheikh Mahmoud Hamdy Mugahed, bekas sarjana Al-Azhar yang kini menganggotai Parlimen.

Semasa dilantik pada 1996, Tantawi dilihat sebagai sebagai ulama yang berpandangan liberal terhadap isu seperti hak asasi wanita namun dikritik ramai kerana menurut perintah kerajaan.

Semasa memegang jawatan itu, beliau menentang amalan berkhatan pada wanita sekali gus mencetus kritikan kumpulan hak asasi sebagai tidak menurut cara Islam.

Beliau juga menentang penggunaan niqab iaitu purdah yang menutup seluruh muka, dengan mengeluarkan fatwa tahun lalu yang mengharamkan pemakaiannya di semua sekolah wanita di bawah kendalian Al-Azhar.

Ketika Perancis dikritik negara-negara Arab dan dunia Islam kerana mengharamkan tudung di sekolah milik negara, Tantawi pada 2003 menyatakan menutup aurat adalah tanggungjawab semua wanita beragama Islam, namun negara bukan Islam mempunyai hak untuk mengeluarkan sebarang undang-undang.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menyifatkan Tantawi sebagai ‘tokoh penting dalam menyuarakan dialog antara agama dan komuniti’.

“Rakyat AS akan mengingati Imam Tantawi kerana mengutuk keganasan selepas serangan 11 September 2001 apabila beliau menegaskan ‘bukan keberanian jika membunuh orang tidak berdosa’,” kata Hillary dalam satu kenyataan.

Penasihat Tantawi, Abdullah el-Naggar memberitahu televisyen Nile News bahawa pemergian beliau adalah satu kejutan kerana sebelum bertolak ke Arab Saudi beliau berada dalam keadaan sihat. – REUTERS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: