Sebab Gagal Temuduga

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga

SI TUASI 1
A : Ada boyfriend?
B : Ada.
A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar
negara.
A : Maaf, syarikat kami tidak boleh
terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut)
A : Emm… kamu mesti tidak akan lama
bekerja di sini dan yang paling
penting syarikat tidak akan mampu
membayar bil panggilan antarabangsa
kamu .
SITUASI 2
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada.
A : Tak cuba untuk dapatkan seorang
ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya.
A : Pernahkah kamu terfikir untuk
mendapatkan kerja terlebih dahulu dan
kemudian barulah mencari teman wanita.
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat
masa sekarang saya tidak mahu
memikirkan perkara (cinta) tersebut.
Itu urusan peribadi.
A : Nampaknya saya tidak dapat
menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik?
A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi
dan tiada keakinan diri, itu saja.

SITUASI 3
A : Kamu nampak cantik dan bergaya.
Tentu kamu sudah mempunyai teman
lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya.
A : Sudah tentu dia seorang yang kaya
(sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang
terkaya dalam negara ini dan memiliki
syarikat besar.
A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah
saya tidak dapat menerima kamu bekerja
di sini kerana teman lelaki kamu
sendiri pun tidak menerima kamu
bekerja di syarikatnya. Ini kan pula
saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai
dengan saya di syarikatnya.
A : Jadi apa jawatan yang sesuai
dengan kamu?
B : Setiausaha.
A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak
bekerja di sini kerana kecantikan kamu
akan menjejaskan semangat kerja
pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat
pun encik.
B : Haa…lagi bermasalah sebabnya
pengurus saya pasti tidak berminat
dengan kamu
A : Gulp…

SITUASI 4
A : Ada girlfriend?
B : Ada.
A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.
A : Hmm…maaflah kamu tidak layak
bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?
A : Syarikat kami terlibat dalam
perniagaan berkaitan seni dan
memerlukan seseorang yang berseni.
Tetapi kamu langsung tidak mempunyai
ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun
biasa je.
B : Haa…(melopong)

p/s: -) Ada mesej yang disampaikan walaupun hanya untuk hiburan ringan…hehehe

Advertisements

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Kredit : TKOdaily.net

Seloka Rumahtangga

i )

Awal Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Apa yang ayang inginkan..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “Setiap tahun saya berikan…tak cukup lagi ke ?”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?”
Suami : “bukan harijadi awak dah lepas ke?”…

ii )

Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “takpe, biar abang masak..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : “masak jer la apa2 jer..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang tak pandai masak..”
Suami : ” bakar je lar dapur tu…”

iii )

Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang mengandung..”
Suami : “Abang tak sabar nak lihat anak kita..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Abang tolong buat susu anak..”
Suami : “Abang mengantuk laa..ayang buat laaa..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : ” Cuba awak tegur anak tu sikit..”
Suami : “Haiii..anak awak..memang ikut mak…gerenti bengong nyer…”

iv)
Awal Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “OK..no problem..”

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : “Saya penat, awak ajelahh yang buat..”

Penghujung perkahwinan
Isteri : “Ayang masak, abang kemas rumah ye..”
Suami : ” apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer …saya sibuk nak baca suratkabar ni, nak amik tau perkembangan dunia…”