Cerpen: Mana Tuhan Kamu?

Oleh : Hilal Asyraf (http://ms.langitilahi.com)

(Disebalik kesedihan atas serangan tentera Israel Laknatullah terhadap Kapal Misi Bantuan Keamanan Gaza 31 Mei 2010 khusunya kapal Mavi Marmara, cerpen ini mengubat hati. Moga Allah membantu Misi ini dan memusnahkan kezaliman Israel. Mari kita terus berdoa, melakukan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah. Teruskan juga Boycott Barangan Israel dan sekutunya. ALLAHU AKHBAR!!)

Tahun 837. Kota Amoria, Romawi. Seorang muslimah berjalan dengan tenang di tengah pasar. Membeli barangan untuk tuan yang memilikinya. Dia merupakan hamba tawanan perang dan telah dijual. Kini meneruskan hidup menjadi hamba sahaya menguruskan hal ehwal rumah tuannya.

Tanpa dia sedari, ada mata-mata memerhatikan gerak langkahnya. Peribadinya yang berbeza membuatkan dia menjadi tarikan. Rambut tidak terdedah dilitupi kain penuh beradab, pakaian labuh tidak menonjol bentuk tubuh, dia nyata adalah yang ganjil di tengah pasar Kota Amoria.

“Aku kira, hari ini adalah harinya. Sudah lama aku menahan rasa” Bicara seorang pekedai kepada temannya dengan mata penuh dendam kepada muslimah itu.

“Ya. Mari. Sudah berminggu-minggu aku perhatikannya. Tersirap darah aku saban kali melihatnya” Rakan pekedai itu mengepal kedua belah penumbuk.

“Kita tidak perlu takut. Amoria adalah tanah kita. Semua di pasar ini akan menyokong kita!” Pekedai itu bergerak. Rakannya membuntuti.

Semakin lama semakin mendekat. Muslimah itu tidak menyedari, melainkan apabila telinganya menangkap seruan dari belakang.

“Wahai perempuan!” Segera muslimah itu berpaling untuk melihat. Tetapi terkejutnya dia apabila kedua tangannya pantas ditangkap.

“Lepaskan, lepaskan!” Perempuan itu didorong ke dinding berdekatan. Suasana pasar yang memang riuh menjadi semakin hangat apabila keadaan ini berlaku.

Si Pekedai mengikat kedua belah tangan Muslimah pada palang kedai berdekatan.

“Jangan apa-apakan aku!” Muslimah itu menjerit sayu. Mata-mata di pasar sekadar memandangnya kaku. Semua diam seperti batu.

“Hari ini, siapakah yang akan menyelamatkan kamu?” Pekedai itu menjerit diiringi ketawa berdekah-dekah. Tangannya bergerak pantas melucutkan kain yang melitupi kepala sang muslimah. Terserlahlah rambut panjang melepasi bahu yang perang. Warna rambut asli perempuan dari mediterranean.

“Jangan, jangan!” Air mata perempuan itu mengalir deras. Tiada yang membantu. Semua hanya melihat.

Rakan kepada pekedai bertindak dengan lebih jauh. Menyelak kain yang menutupi bahagian bawah pinggang perempuan itu dan mengoyakkannya.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Dia menjerit kuat.

“Lihat semua, inilah dia orang Islam yang hina. Percaya kepada yang tiada. Percaya kepada yang tidak berguna!” Pekedai tadi memandang sekeliling.

Air mata perempuan itu kabur dengan titisan air mata. Maruahnya diinjak sedemikian rupa. Dari kaburan matanya itu, dia menyangka bahawa keadaannya mendapat simpati manusia di sekelilingnya. Tetapi, tidak lama selepas jeritan lelaki itu, satu pasar mentertawakan keadaannya. Bahkan ada yang membalingnya dengan tomato.

“Mana Allah kamu? Mana Muhammad kamu?” Seluruh pasar menjerit menghinanya.

Hatinya remuk.Ya Allah, sesungguhnya hamba-hambaMu ini menghinaMu…

Maka dengan kekuatannya yang masih bersisa, dia menjerit sekuat jiwanya.

“Waa Mu’tasimah. Waa Mu’tasimah. (Di mana kamu Al-Mu’tasim? Di mana kamu Al-Mu’tasim?)!”

Dan jeritannya disambut hinaan dan ejekan.

Namun dalam lautan manusia berhati syaitan itu, ada sepasang mata yang memerhatikan. Segera pemilik mata itu bergerak meninggalkan tempat itu. Berjalan mendapatkan tunggangannya. Kemudian bergerak pantas keluar dari Kota Amoria, menuju ke satu tempat bernama Samarrah. Tempat bersemayamnya manusia bernama Abu Ishaq Al-Mu’tasim bin Harun Ar-Rasyid.

Atau lebih dikenali sebagai Khalifah Al-Mu’tasim.

 

****

 

Semboyan perang dibunyikan tanda peperangan telah berakhir. Kota Amoria tewas teruk. 30,000 perajurit romawi terbunuh, manakala 30,000 lagi ditawan oleh tentera dari Abbasiyah.

Tiba-tiba gendang berbunyi. Bendera kebesaran dikibar. Tentera-tentera berbaris kemas. Derapan kuda kedengaran gagah. Sepasukan tentera berkuda bergerak di tengah-tengah barisan. Mengiringi satu figur yang berpakaian sederhana bersama kuda berzirahnya.

“Di manakah muslimah yang memanggil aku?” Figur itu melaung dengan kuat.

Suasana menjadi sunyi seketika. Hanya diisi dengan bunyi deru angin dan api yang masih membakar beberapa bahagian daripada benteng pertahanan.

Tidak lama kemudian terdengar satu suara.

“Aku wahai Khalifah. Aku” Seorang perempuan bergerak menundukkan diri menghadapnya.

Figur itu turun. Bergerak mendekati muslimah itu.

“Wahai perempuan, apakah aku telah memenuhi seruan kamu?” Lelaki itu bertanya.

Dengan air mata yang mengalir, perempuan itu mengangguk berkali-kali. “Ya Amirul Mukminin, ya. Kau telah memenuhi seruanku”

Amirul Mukminin Al-Mu’tasim tersenyum.

“Apakah yang menghinamu itu ada dari kalangan mereka ini?” Al-Mu’tasim menunjuk kepada tawanan perang dari kalangan rakyat yang berbaris di tepi barisan tenteranya.

Muslimah itu mengangguk dan menunjuk dengan telunjuknya pekedai dan rakannya yang telah menjatuhkan maruahnya.

“Kau mulai sekarang, aku jadikan hamba yang merdeka. Kuberikan rumah, kuberikan tanah. Dan mereka berdua ini aku hadiahkan kepada kamu sebagai hamba”

Perempuan itu terkedu.

“Al-Mu’tasim, kau lancarkan perang ini hanya kerana seorang perempuan?” Satu jeritan kedengaran.

Al-Mu’tasim menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang dipukul oleh tenteranya. Mungkin kerana jeritannya itu dikira sebagai tidak beradab kepada khalifah.

“Siapakah dia?” Al-Mu’tasim bertanya kepada pengiringnya.

“Dia itu adalah ketua jeneral untuk Kota Amoria.” Pengiringnya berbisik.

Al-Mu’tasim mengangkat tangan, isyarat agar tenteranya berhenti memukul lelaki itu. Al-Mu’tasim merapati Jeneral Kota Amoria itu.

“Wahai jeneral, bukankah aku telah menghantar surat amaran? Sekiranya keeadilan tidak ditegakkan oleh pemimpin kamu, maka bersedialah untuk menerima tenteraku yang ramainya dari sempadan negara kamu hingga ke akhir sempadan negaraku? Dan pemimpin kamu tidak membalas suratku itu.” Al-Mu’tasim berbicara tenang.

Lelaki itu terdiam.

Al-Mu’tasim bergerak meninggalkan lelaki itu. Dia pergi ke arah pekedai dan rakannya. Memandang tepat kepada dua lelaki itu.

“Dan ketahuilah, masih ada lagi tenteraku yang sedang berbaris di hadapan istanaku untuk ke mari. Sesungguhnya, aku benar-benar mengotakan janji. Inilah dia kekuatan Tuhanku. Inilah dia warisan Rasulku. Sungguh, Dia tersangat mulia, tidak perlu turun sendiri untuk berurusan dengan manusia sepertimu. Sungguh, Rasulullah itu tersangat mulia, tidak perlu bangkit dari kubur untuk menguruskan kamu. Aku, hamba-Nya dan ummat kepada baginda, sebagai wakil menjalankan hukumNya dan membela ummat baginda.” Mata Al-Mu’tasim membesar.

Pekedai dan rakannya melutut kegerunan.

Al-Mu’tasim berpaling dan kembali menunggang kudanya.

“Mari kita pulang.” Al-Mu’tasim mengangkat tangannya. Gendang kedengaran. Seluruh tentera yang mengiringinya mendahului Al-Mu’tasim.

 

****

 

Tahun 1186. Di tengah sahara antara Kairo dan Damascus. Satu kafilah bergerak merentas bumi gersang di bawah terik mentari. Langit biru tanpa awan menambah hangat.

“Kafilah mereka sudah berada dalam pandangan kita, tuanku.”

Seorang lelaki bertubuh besar berjanggut kerinting keemasan memandang kepada pelapor. Dia mengangguk. “Ya, aku tahu”

“Bila kita hendak bertindak?”

Lelaki itu tersengih. “Tunggu arahan aku. Arahkan tentera kita berkumpul terlebih dahulu.” Bicaraya sambil memandang karavan tunggal di tengah padang pasir yang luas.

“Hari ini, orang Islam akan tahu betapa mereka hakikatnya tidak punya kuasa” Dia ketawa.

Tidak lama kemudian, si pelapor datang semula. “Semua tentera kita telah bersedia, tuanku!”

“Bagus. Dengan namaku, Raynald De Chatillon, serang!” Dia mengacukan pedangnya ke arah kafilah yang sedang bergerak itu.

Tenteranya bergerak ibarat taufan yang menyerbu. Debu-debu sahara naik membuatkan langit biru kelihatan perang. Jeritan ahli kafilah kedengaran melantun-lantun diiringi teriakan kesakitan. Darah merah memercik di sana sini menghiasi medan.

Raynald De Chatillon ketawa berdekah-dekah. Pengawal-pengawal karavan yang sedikit tidak mampu berhadapan dengan tenteranya. Satu persatu tumbang. Bahkan, ahli-ahli kafilah turut dibunuh tanpa berbelas kasihan.

“Tinggalkan seorang sahaja. Adik kepada Salahuddin Al-Ayubi, dia mesti menjadi tawanan kita!”

Dan hari hitam di tengah sahara itu berakhir dengan penuh tragis. Barang-barang dirampas. Haiwan tunggangan diambil. Ahli kafilah perempuan dirogol dan dibunuh. Yang lelaki dipenggal kepala semuanya. Tandu-tandu dibakar. Suasana persis neraka.

“Ini dia Tuanku Raynald. Adik kepada Salahuddin” Seorang perempuan memakai burqa ditolak dengan belakang pedang menghadap Raynald.

Raynald segera menghunus pedangnya yang masih berlumuran darah. Segera dicantas burqa perempuan di hadapannya. Terserlah wajah perempuan itu yang bersih.

“Adik Salahuddin. Di manakah Allah dan Muhammad kamu hari ini? Panggil lah mereka”

Adik Salahuddin senyap. Namun wajahnya tidak menunjukkan riak takut.

“Allah akan menguruskan kamu wahai Raynald!” Bicaranya berani selepas memandag wajah Raynald dihiasi tawa angkuh.

Gelak Raynald tambah berdekah.

“Selepas ini, aku akan ke Makkah untuk merobohkan Ka’bah, dan ke Madinah untuk mengorek kubur Muhammad. Baru kamu tahu betapa lemahnya kamu!”

Dan Raynald membawa adik Salahuddin bersamanya.

 

****

 

Tahun 1187. Medan peperangan Hattin. Debu masih menyelimuti langit. Mayat-mayat pula penuh bergelimpangan di atas bumi. Burung-burung pemakan bangkai mula mengintai makanannya.

Kelihatan dua orang lelaki dalam keadaan terikat, sedang dibawa ke satu khemah yang besar.

“Tuanku, inilah dia Guy of Lusignan dan Raynald De Chatillon” Wakil askar yang membawa dua orang itu bersuara.

Satu figur yang memakai zirah perang kuning keemasan lengkap bertopi, memalingkan wajah. Menghadap kepada dua tawanan perang itu. Matanya bersinar.

“Salahuddin” Raynald mengetap bibirnya.

Salahuddin Al-Ayubi tersenyum.

“Kamu mengabaikan suratku agar memulangkan adindaku. Bahkan berkeras untuk tidak menyerah dan membunuh pula utusanku” Salahuddin bergerak melepasi dua tawanan itu.

Dia memandang jauh ke medan perang.

Mayat-mayat tentera salib sedang dikumpul untuk dibakar. Pakaian besi dan senjata mereka telah diekstrak sebagai harta rampasan. Guy of Lusignan bersama Raynald De Chatillon keluar dari Sephoria menuju ke Tiberias untuk berhadapan dengan tentera Salahuddin Al-Ayubi selepas terpancing dengan serangan Salahuddin ke atas benteng tentera salib di Tiberias. Tentera Salahuddin yang utama hakikatnya berada di tempat bernama Kafr Sabt, bersedia untuk menyerang hendak tentera salib pimpinan Guy dan Raynald.

Perjalanan yang panjang, tanpa sempat mencapai sumber air, membuatkan tentera Salib menjadi lemah. Ketika itu juga tentera Salahuddin dari Kafr Sabt bergerak menghentam mereka dari dua arah. Dalam masa dua hari, tentera mereka hancur. Cubaan terakhir, mereka bergerak ke sebuah kawasan air di Hattin untuk menyusun semula tenaga mereka.

Namun Salahuddin telah menjangka semuanya. Di lembah Hattin, tentera Salib dihabisi.

Begitulah Allah mengotakan janji-janjiNya.

Di manakah Allah?

Bersama hambaNya yang percaya.

Salahuddin berpaling kembali dan merapati Guy dan Raynald. Dia memberikan isyarat kepada pembantunya agar membawakan air. Apabila air telah sampai, Salahuddin meminum air itu dan kemudian memberikan segelas air kepada Guy.

Guy mengambil dengan rakus, kerana sememangnya dia kehausan. Namun di tengah kehausannya, dia tidak lupa akan Raynald. Diberikanna sedikit air untuk rakannya itu.

Salahuddin mencelah: “Aku tidak memberikan kebenaran pun untuk itu”

Kedua mereka diam. Raynald kemudian menjawab: “Tidak. Tetapi rajaku, Guy yang memberikan aku minum”

Salahuddin tidak berkata apa-apa.

“Kau masih ingat apa yang kau katakan tahun lepas, Raynald?”

“Em, apa yang aku katakan?”

“Di manakah Allah dan Muhammad untuk membantu kamu?” Mata Salahuddin membesar.

Bulu roma Raynald menegak.

“Di sini Allah menurunkan hukumanNya buat kamu!” Salahuddin mengunuskan pedangnya, terus memeganggal kepala Raynald De Chatillon. Darah menyembur hingga membasahi tubuh Guy of Lusignan. Tubuh Raynald menyembah bumi dengan kepala terpisah dari diri.

Salahuddin memandang Guy.

“Raja tidak akan membunuh raja. Apakah ini tidak cukup untuk kamu mengambil pengajaran?”

Dan Salahuddin bergerak pergi.

“Kita ke Jerusalem. Menawan Al-Quds!” Sambil mengangkat tangannya. Disambut takbir yang menggempita daripada seluruh tentera.

 

****

 

2010. Atas kapal Marmara Mavi. Di sempadan laut Gaza.

“Tengah buat apa?” Satu sapaan menggetarkan gegendang telinga.

Noorazman menoleh. Kelihatan Ustaz Hasanuddin. Dia menyambut lelaki itu dengan senyuman.

“Sedang terkenangkan ummat” Noorazman melepaskan pandangan ke laut. Kelam sebelum subuh masih pekat. Justeru gelita ibarat malam tidak sirna. Tinggal hawa menjadi semakin sejuk dengan kewujudan embun dari langit. Dia duduk di tepi kapal bersama baju yang tebal.

Ustaz Hasanuddin duduk. “Moga-moga, usaha kita ini akan menjadi batu loncatan agar ummah bangkit dari lena”

Noorazman mengangguk. “Sungguh, misi kita bukan sekadar hendak menghantar bantuan kemanusiaan. Tetapi kita harapkan misi ini mampu memangkin semula keimanan ummah”

“Sama ada dengan kita selamat sampai ke Gaza, atau ditimpa musibah Israel di tengah lautan, kedua-duanya akan memberikan impak kepada dunia” Ustaz Hasanuddin membuka dompetnya.

Gambar dirinya bersama isteri dan anak-anak.

“Walau diri ini berkorban dan akhirnya terkorban, kalau itu harganya untuk kebangkitan ummah, maka ana tak akan menyesal”

Noorazman menghela nafas. “InsyaAllah, akan ada jiwa-jiwa yang menyahut” Sambil tangannya memaut bahu Ustaz Hasanuddin.

“Amiin”

Tiba-tiba, keheningan kelam terganggu dengan satu bunyi yang menderu. Noorazman dan Ustaz Hasanuddin mendongak ke langit. Kelihatan lampu-lampu sedang terapung.

“Apakah…” Dan belum sempat Noorazman menyempurnakan kalimah itu, lampu-lampu yang terapung sudah berada di atasnya bersama bunyi yang sangat kuat.

Putaran kipas Apache AH-64D kedengaran membingit.

“Ustaz Hasanuddin, Israel!” Noorazman menolak Ustaz Hasanuddin agar berlindung ke dalam kapal.

Tanpa amaran, tembakan bertalu-talu dilepaskan. Suasana kapal yang tadinya tenang kini bergejolak. Komando-komando Israel turun dari helikopter dan tanpa belas melepaskan tembakan bertalu-talu ke semua arah tanpa mengira sesiapa.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin berlindung di sebalik dinding. Mereka sempat juga melihat kapal-kapal lain yang menyertai konvoi Lifeline4Gaza, Break The Siedge, sedang mengalami nasib yang sama.

“Ya Allah, sungguh Allah telah memilih kita!” Ustaz Hasanuddin memandang Noorazman.

Belum sempat Noorazman memberikan respon, satu bunyi membuatkan tubuhnya kaku. Terasa seperti ada besi panas menyentuh ubun kepalanya.

“Jangan bergerak. Bangun dengan perlahan-lahan” Suara itu kedengaran. Menurut arahan, Noorazman dan Ustaz Hasanuddin bangun. Kelihatan tentera berpakaian serba hitam sedang mengacu SC3000 ke arah mereka berdua.

Noorazman dan Ustaz Hasanuddin dibawa ke hadapan dek kapal. Di situ mereka melihat ramai lagi ahli konvoi sedang dikumpulkan. Sempat mereka melihat berbelas mayat bergelimpangan. Air mata tidak dapat ditahan, lantas mengalir kesayuan.

“Apakah kalian tidak kisah bahawa perkara ini akan ditunjukkan kepada dunia?” Noorazman berbicara kepada tentera yang membawanya.

Tentera itu hanya tersegih. “Sedangkan pembunuhan dan peperangan di Palestin selama ini pun dihalalkan oleh dunia untuk kami, apatah lagi kematian sekitar 20 orang hari ini?”

“Allah akan menghitung kamu!” Ustaz Hasanuddin mengetap bibir, geram.

Tentera-tentera itu ketawa.

“Maka di mana Tuhan kamu itu?” Dan mereka terus ketawa. Salah seorang dari mereka memegang kepala Ustaz Hasanuddin dengan keras. Matanya didekatkan dengan mata Ustaz Hasanuddin.

“Kami telah menawan Palestin 62 tahun. Dan sepanjang waktu itu, entah berapa kali kami telah mendengar laungan nama Allah dari mulut mereka. Tetapi tetap kami yang berkuasa. Hari ini, semua yang mati itu, semuanya menjerit nama Allah di hujung nyawa mereka, tetapi tetap kami berdiri di sini menawan kamu semua.”

Kemudian dia diam sebentar. Ustaz Hasanuddin pula turun naik nafasnya.

“Maka, di mana tuhan kamu?”

Dan soalannya disambut dekah tawa.

Seluruh kapal konvoi di bawa Haifa.

Tragedi yang berlaku ini, menggemparkan dunia. Tetapi kekebalan Israel membuatkan segala suara menjadi sia-sia. Tambah menjadi anak angkat kepada penguasa dunia, atau lebih tepat lagi, kuasa dunia itu adalah boneka mereka, Israel tidak mampu disentuh hanya dengan jeritan sahaja.

Ada manusia akhirnya tidak peduli. Padanya ini hanyalah satu kisah, dari puluhan kisah tragedi di tangan Israel. Ada pula manusia yang turut serta bising itu dan ini. Tetapi akhirnya dia juga senyap kerana tidak mampu mencapai apa yang dihajati dalam masa yang amat terdekat ini.

Ramai pula manusia sudah hilang kekuatan untuk berusaha. Sangka mereka Tuhan telah meninggalkan mereka.

Tetapi Allah hakikatnya sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya. Ini adalah ujian, tapisan, untuk memerhatikan siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Nanti saat bantuan tiba, yang palsu keimanannya akan tertapis pergi.

Yang tinggal hanya yang benar-benar layak mencium syurga.

Dan dalam kalangan manusia berbagai rencah itu, wujud lagi yang tidak berputus asa.

Terus menerus memproses.

Memandang ini sebagai satu perang nafas panjang.

Yang di akhirnya hanyalah kebenaran kepada yang utuh berpegang.

 

*****

 

Tahun XXXX, tempat XXXX, waktu XXXX.

Dia meraup wajahnya. Doa penuh khusyuk telah dipanjatkan kepada Rabbnya. Mengambil masa, dia bertafakur seketika. Walau di luar kelihatan tidak melakukan apa-apa, tetapi akal dan jiwanya sedang bekerja. Akal merangka segala jenis formula strategi. Jiwa pula sibuk menjaga hubungan dengan Pemberi Kekuatan di medan nanti.

“Jeneral, pasukan kita telah siap” Dia dipanggil.

Menghela nafas, dia bangkit. Kain khemahnya diselak. Cahaya terang memanah. Dia sedang berdiri menghadap jutaan tentera yang berbaris kemas. Kelihatan pula di satu sudut, gabenor-gabenor wilayah sedang duduk di kerusi masing-masing. Di tengah-tengah mereka, terdapat satu figur yang kelihatan dari luarnya sederhana, tetapi perawakannya menggambarkan karismanya yang tinggi.

Itulah dia Khalifah ummat hari ini.

Dunia telah berubah ke satu ekstensi yang tidak pernah ada yang menjangka. Perubahan sedikit demi sedikit yang berlaku di serata tempat di dunia, membuatkan musuh-musuh tidak menang tangan menguruskannya. Akhirnya wujud beberapa negara yang berjaya ditumbangkan dan dikuasai. Ada yang menggunakan politik, ada pula yang menggunakan tentera.

Tetapi asasnya tetap sama. Ummah dikoreksi terlebih dahulu, sebelum kuasa diambil semula. Terus, masyarakat yang faham menyokong ketua mereka, bersepadu hidup dan mati kerana faham bahawa ini semua untuk syurga Allah di akhirat sana.

Ketua-ketua pula adil dan saksama, membentuk satu kesatuan menghapuskan sempadan sesama negara. Mewujudkan satu kekuatan bernaung di bawah satu nama. Khilafah.

Amirul Mukminin, Sultan tertinggi mengetuai semua orang Islam di dunia, dihidupkan semula. Semua orang Islam bergerak meninggalkan negara mereka dan bernaung di bawah kekuasaan khilafah ini. Mencari kehidupan yang aman bawah sistem peraturan yang ideal dan sempurna. Terlindung dan dibela.

Pembinaan yang dirancang berpuluh-puluh tahun dan digerakkan secara konsisten ini, melahirkan kekuatan yang tidak terjangka. Jika dahulu Amerika terpaksa bersaing dengan Russia untuk menjadi kuasa terbesar dunia, hari ini mereka sedang dihimpit satu kuasa besar yang tiada tandingannya.

Dan hari ini, tanah suci bernama Al-Quds hendak ditawan semula.

Walaupun berkali-kali Amerika merayu agar perjanjian damai yang menjadi solusinya, khalifah tetap berkeras untuk meneruskan ekspedisi perang ini. Tiada lagi yang berani menyelar itu satu tindakan terorisma. Tiada siapa lagi berani mengugut untuk melakukan itu dan ini jika bertindak. Tiada siapa lagi berani menghina dan mencerca.

Israel Zionis juga hilang bicara. Antara ugutan mereka adalah ingin meruntuhkan Al-Aqsa jika Khalifah tetap menyerang juga.

Tetapi Khalifah mengeluarkan kenyataan.

“Ka’bah pernah runtuh dan dibina semula. Kamu hanya akan mampu meruntuhkan bangunan Al-Aqsa dan kami akan membinanya semula.” Keras dan tegas, membawa kepada kegerunan yang tidak terhingga.

“Hari ini, aku sebagai wakil Allah di bumi, dan pewaris Rasulullah untuk zaman ini, akan menjalankan hukuman ke atas kalian wahai kaum kera” Khalifah menutup penyataan tegasnya.

Amerika diberi amaran agar menyertai Israel agar mudah dihapuskan sekaligus, dan nyata Amerika tidak berani berbuat apa-apa melainkan menunggu gilirannya di bumi sendiri sana.

Dia menghela nafas. Dia, jeneral yang akan mengetuai ketumbukan tentera untuk menundukkan Israel hari ini. Dan semua yang berada di hadapannya kini, tidak akan mampu terwujud tanpa usaha penuh perancangan dan konsisten yang dilaksanakan oleh orang-orang terdahulu.

Satu proses yang dilaksanakan penuh dedikasi dan efisyen.

Dakwah dan Tarbiyyah dalam bentuk pegerakan yang bersistem.

Ibarat anai-anai yang merobohkan almari. Senyap bekerja, dan kesannya menggemparkan jiwa.

Nafas disedut tenang. Dia mengangkat tangan.

“Menuju Al-Quds!”

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!” Dan teriakan takbir menggempita.

Hujan turun membasahi dunia. Seakan-akan tangisan syukur oleh bumi kerana kembalinya kerajaan khilafah yang bersatu seperti zaman Al-Mu’tasim, dan tentera serta pemimpin yang bersih seperti Salahuddin dan askarnya yang dipimpin.

Kapal terbang, jet pejuang, helikopter, kapal selam, kapal perang armada, bergerak meninggalkan pangkalan.

Dia memandang jauh ke hadapan.

“Wahai Israel, inilah dia suara Tuhanku menyatakan bahawa Dia sentiasa wujud bersama hambaNya. Yang percaya akan bahagia. Yang tidak hanya akan merana”

 

Rujukan:

http://en.wikipedia.org/wiki/Saladin

http://en.wikipedia.org/wiki/Raynald_of_Châtillon

http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Hattin

http://id.wikipedia.org/wiki/Al-Mu’tasim

http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html

Tim Winter Ulama Kulit Putih

Sumber : Utusan Malaysia (ARKIB : 25/03/2010)

 

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

 

Pusat Islam London yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat beribadat dan juga mengadakan aktiviti kemasyarakatan. – Gambar hiasan

 

Kaum kulit putih khususnya dari Eropah yang musyrik sering berbangga dengan darah Anglo Saxon yang mengalir dalam tubuh mereka.

Namun, bagi Tim Winter atau nama sebenarnya Timothy John Winter yang berketurunan Anglo Saxon tanpa segan mengakui bahawa beliau sebenarnya berketurunan Anglo-Muslim. Ia kesan secara langsung sebaik sahaja beliau memeluk Islam sekitar tahun 1970-an dahulu.

Anglo Muslim?

Perkara ini sebenarnya tidak pelik kerana jika kita kembali ke abad ke-18, di sekitar England telah wujud kelompok masyarakat yang dikenali sebagai Anglo Muslim atau Anglo-Mohammedan.

Jumlah mereka semakin berkembang dan kini dianggar terdapat lebih 100,000 warga kulit putih United Kingdom (UK) yang beragama Islam sama ada secara keturunan mahupun mualaf.

Jika dikaji semula sejarah, Islam bukanlah suatu agama yang baru bagi kalangan kaum kulit putih. Mungkin kebanyakan nenek moyang mereka dahulu beragama Islam.

Sekalipun tidak beragama Islam, Kristian yang mereka anuti cukup berbeza daripada aspek ibadat, amalan dan ajaran.

Sebagaimana yang diakui sendiri oleh Tim, datuknya merupakan dari generasi terakhir keturunan keluarga beliau yang mengakui kebenaran Kristian.

“Datuk saya tidak pernah menyentuh holy water sehingga ke akhir hayatnya,” katanya.

Beliau kini ialah ulama Islam kulit putih yang sangat terkenal.

“Mengimbau zaman di mana anak-anak muda duduk semeja sambil minum kopi dan masing-masing berbicara mengenai apakah makna hidup, mengenalpasti di manakah sebenarnya kita berada dan ke arah manakah haluan hidup ini.

“Semua itu kononnya terjawab apabila ramai kalangan rakan memilih cara hidup hippie malah ramai juga yang terus menetap di India yang kononnya menjanjikan hidup penuh dengan adat ketimuran, eksotik dan kelas pertengahan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak seperti rakan-rakannya itu tetapi lebih memilih untuk ke Asia Barat atau lebih tepat, Islam.

“Saya memilih sesuatu yang secara radikal berbeza berbanding agama tradisi bangsa India atau Zen Buddha.

“Saya tidak memerlukan agama yang ganjil atau eksotik dan saya juga tidak bertujuan untuk mencari alternatif identiti yang baru untuk diri sendiri,” katanya.

Apa yang pasti, Tim tidak lagi mengunjungi gereja kerana tidak dapat menerima konsep-konsep yang diketengahkan.

Ditanya adakah semua konsep itu tidak munasabah untuk diterima apatah lagi tanpa banyak soal, beliau menjawab: “Catatan mengenai Nabi Isa a.s boleh dilihat dari dua bentuk. Iaitu sebagaimana baginda diceritakan dalam sejarah dan kisah-kisah baginda dalam perjanjian baru.

“Tetapi adakah Nabi Isa yang diceritakan oleh kedua-dua sumber itu adalah dari individu yang sama?

“Ini kerana daripada kedua-duanya tidak ada yang sama dan berbeza-beza.

Tambahan pula, beliau tidak mempunyai kapasiti yang cukup kuat untuk mempunyai kepercayaan terhadap doktrin-doktrin yang abstrak.

“Sejauh pemahaman saya, Nabi Isa secara ultimatumnya guru kepada bangsa Yahudi yang membawakan mesej yang besar dari Injil Hebrews bahawa manusia boleh diterima di sisi tuhan atas kekuasaan tuhan yang mempunyai kuasa untuk mengampun,” katanya.

Tuhan bagi Tim sedia untuk mengampun dan memberkati hidup hamba-hamba tanpa sebarang masalah, jauh sekali hasil daripada pengorbanan mana-mana pihak.

“Bagi saya itu darjah monoteisme paling tinggi bagi tuhan dan saya dapati ia menjadi ajaran utama dalam Islam,” katanya.

Antara punca lain yang menarik Tim kepada Islam tidak sahaja isi kandungan al-Quran tetapi tentulah juga alunan bacaan ayat-ayat suci itu yang beliau sifatkan bagaikan daya tarikan sekuat magnet kepadanya untuk mendekati dan seterusnya mencintai Islam.

“Pernah semasa berada di Kaherah Mesir, saya sempat mengira sebanyak 38 kedai secara serentak memasang rakaman bacaan al-Quran di sana-sini, sepanjang hari.

“Pertama kali mengalami suasana seperti itu, dengan alunan bacaan al-Quran pelbagai jenis lagu itu menjadikan ia ‘muzik’ kegemaran saya.

“Malah saya tidak ragu-ragu mengatakan bahawa ia merupakan suatu seni Islam yang sangat hebat,” katanya.

Namun pada asasnya Tim memeluk Islam selepas mengkaji dan membuat perbandingan pelbagai falsafah dan teologi agama dan beliau tidak menemui suatu agama yang amalannya begitu sempurna, selain Islam.

Berdasarkan kepada pengetahuan yang ada tidk sesuai lagi jika meletakkan Tim atau nama Islamnya Dr. Abdul Hakim Murad sebagai saudara Muslim. Sebab, pengetahuannya mengenai Islam persis beliau dilahirkan dan dibesarkan secara Islam, terlalu luas dan amat mendalam.

Lahir pada tahun 1960, beliau memegang ijazah kelas pertama dalam bahasa Arab dari Universiti Cambridge pada tahun 1983.

Atas minat dan cinta beliau terhadap Islam, Tim atau Abdul Hakim menyambung pengajian mengenai Islam di Universiti al Azhar, Mesir.

Beliau pulang semula ke England pada 1989 untuk menyambung pengajian di Universiti London bagi pengajian Turki dan Parsi.

Kini beliau merupakan pensyarah di Shaykh Zayed Pengajian Islam di Fakulti Diviniti Universiti Cambridge, juga merupakan Pengarah Pengajian Teologi di Kolej Wolfson dan baru-baru ini menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Oxford.

Apabila menyebut beliau berketurunan Anglo Saxon, sesuai dengan itu juga Abdul Hakim adalah Pengarah Pertubuhan yang dikenali The Anglo Muslim Fellowship untuk Eropah Timur dan memegang pelbagai lagi jawatan dalam dunia akademik dan pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan Islam.

Sudah tentunya, Abdul Hakim memberi sumbangan yang sangat besar dalam dunia Islam dengan menulis buku-buku, jurnal, artikel, syarahan, panel forum dalam pelbagai topik yang sangat menyentuh mengenai dunia dan ilmu-ilmu Islam.

Yang menarik, beliau antara bangsa kulit putih pertama menterjemahkan kitab-kitab muktabar ke bahasa Inggeris seperti, The Remembrance of Death and the Afterlife (Cambridge 1989) oleh Imam Al Ghazali.

Hikmah yang sangat besar apabila Tim memeluk Islam ialah kemampuan beliau berdakwah menyebarkan Islam terutamanya pada mereka yang sebangsa dengannya.

Usaha dakwahnya menjadi lebih berkesan kerana beliau begitu memahami soal bahasa dan budaya bangsanya sendiri.

Hujah-hujah yang padat dan bernas sentiasa diberikan dalam konteks hubungan Islam dan Barat (Kristian), dakwah, aliran-aliran seperti wahabi, sunni, syiah dan politik.

Begitu tertarik apabila dalam satu artikel, Abdul Hakim menulis mengenai beberapa kelemahan umat Islam yang agak unik.

“Sehingga ke abad 18, ramai ulama percaya bahawa dunia penerbitan membabitkan percetakan adalah haram hukumnya.

“Ini apabila mereka percaya teks-teks yang melibatkan agama Islam adalah terlalu suci untuk dicetak dan diulang cetak berkali-kali.

“Bagi mereka jika hendak ditulis mestilah ditulis tangan dengan perlahan-lahan dan penuh dengan rasa kecintaan dengan tulisan-tulisan berseni kaligrafi atau khat dan dibukukan dengan penuh seni, juga secara tangan,” katanya.

Begitu juga dengan kejatuhan kerajaan atau empayar Islam Uthmaniah di awal abad ke-19 yang menyebabkan banyak wilayah Islam jatuh ke tangan asing terutamanya Rusia.

Ramai pakar sejarah mengakui kemenangan di pihak Rusia itu berpunca pihak musuh mempunyai disiplin yang tinggi dan lebih-lebih lagi peralatan ketenteraan yang moden dan terkini untuk zaman itu.

Sedangkan di pihak Islam, mereka percaya kepada kemenangan boleh dicapai hanya melalui ‘keimanan’ tanpa perlu mengubah strategi perang yang ada.

“Mereka juga percaya jika dibekalkan senjata seperti senapang, iaitu tembakan ke arah musuh dari jarak jauh dianggap seperti tindakan seorang pengecut berbanding berlawan dengan pedang sambil merenung mata musuh barulah dianggap sebagai pahlawan sejati,” kata beliau.

Sebenarnya membaca mengenai Dr. Abdul Murad, banyak ilmu yang boleh dipelajari dan diambil pengajaran.

Namun jika berpeluang mendengar sendiri syarahan dan menyaksikan kehadirannya adalah lebih baik.

Justeru itu, berita baiknya beliau akan hadir ke negara ini pada 27 hingga 29 Mac ini yang dibawa khas oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui sayap, Islam Outreach mereka.

Bertempat di Dewan Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam, Selangor, Dr. Abdul Hakim Murad akan menyampaikan syarahan pada 27 Mac ini.

Hubungi talian 0342569822 untuk maklumat lanjut program ini. Jangan lepaskan peluang terbaik ini!

Gagasan Agung : Puisi Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud

Gagasan Agung ini merupakan satu puisi hasil tulisan Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud., Mantan Timbalan Pengarah ISTAC dan kini Pensyarah Kanan ATMA, UKM. Puisi ini dipetik daripada Buku Puisi beliau, Dalam Terang. Puisi ini mentafsirkan tuntutan amanah yang di terima insan serta peranan ilmu dan akhlak dalam masyarakat

Gagasan Agung

Oleh : Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud

I

Setiap bangsa yang merangka gagasan agung
Berazam memahat nama dalam sejarah tamadun terulung
Akan membina universiti dan pusat pengajian tinggi
Dan menyebarkan fahamnya tentang kewujudan ini
Tentang makna kemanusiaan dan kebahagiaannya.
Tentang maksud kemajuan dan nilai-ukurnya:
Dengan segala hujjah yang tidak tersangkal
Oleh mereka yang berakal;
Dengan segala bukti
yang tidak tertolak para pengkaji;
Dengan segala berita
yang tidak terdusta.

Bangsa yang tidak bermimpi menjadi maju
Tapi sedar insaf matlamat kudus yang dituju
Akan melahir lapisan demi lapisan pemimpin
Dalam pelbagai bidang, sebanyak mungkin.

Gagasan tinggi dipacak kukuh di universiti
Dan institusi lain dalam negeri secara serasi, bertali
Agar matlamat suci menotai Perjanjian Azali
Tidak tinggal sebagai mimpi.

Mimpi menjadi maju sifat bangsa yang tidur lena
Enggan bangun dan menjulang martabatnya.

II
Negara maju sebenarnya kawanku bukan diukur:
Pada betapa panjangnya umur
Pada berapa keping ijazah dirangkul
Pada banyak pendapatan terkumpul.

Negara juga dianggap maju bukan:-
Panda bangunan gagah tinggi menombak awan
Pada lebuhraya raksasa menggelepar menikam gunung

Pada panggung, gelanggang hiburan, permainan agung.
Negara maju, baldah tayyibah tujuan orang beriman
Dipacak pada budi pekerti rakyat pelbagai lapisan
Tapi, bagaimana rakyat bisa berbudi tinggi
Jika pemimpin dalam kabinet dan keluarga, rendah pekerti?
Siapa yang mendidik, mengadab pemimpin bangsa
Jika tidak institusi pengajian tinggi mahkota pendidikan kita?

Universiti taman adabi medan penta’diban tertinggi insan
Jika dinodai, ucaplah selamat tinggal pada kemanusiaan
Dan selamat datang pada kehaiwanan
Yang paling cekap dan berkesan
Dalam sejarah makhluk Tuhan:-
Yang terbang lebih tinggi dari helang dan garuda
Menyelam lebih pantas dan dalam dari paus dan barakuda
Meracun lebih bisa dari kala jengking dan ular
Insan-haiwani latihan IPT mengatasi segala yang liar.

III
Di negara-negara mencengkam dunia berabad lama
Universiti puncak pemikiran tamadun mereka
Yang menyuluh pelbagai kefahaman zaman lalu
Yang membenihkan pelbagai pengetahuan zaman baru.

Pemimpin besar bangsa perkasa melihat jauh di ufuk sejarah
Mengukuhkan universiti tinggi, melahir pemikir penentu arah
Yang bebas menyampai kata, diiktiraf pelbagai anugerah
Lalu dunia memeluk mereka, jadi ukuran meningkat maruah.

Naib canselor dan dekan dipilih dari bangsa helang ilmi
Bukan dari bangsa pengurus, mulut terkunci depan menteri
Oxford, Leiden, Tokyo, Harvard, Sorbonne menjadi taman adabi
Walau mengkaji angkasa raya, sejarah sendiri diteliti ke akar umbi.

Walau kita berabad merdeka
Kepakaran agama dan sejarah kita digenggami mereka
Lampu dari Kaherah dan Madinah telah kehabisan zaitunnya
Pelita di Kuala Lumpur, menangin aku mengenang nasibnya.
Universiti umat di mana saja, kini dipenuhi semut mencari gula
Gedung ilmu menjadi tebu; gula, manisan merata.

IV
Gong dan gendang dipalu rentak ”ilmu harus diislamkan”
Bolehkan si buta mengajar melihat, si tempang lurus berjalan?
Mereka anggap ilmu seperti gula: menarik semut dan kerengga
Dan berfikir Islam seperti siyasah dan kegiatan iktisad
Lalu isi dan amal agama menjejaki dunia korporat.

Ilmu sebenar anugerah Tuhan pada diri ikhlas-berani
Ikhlas mengakui kejahilan diri, berani berguru kepada ahli
Ahli bukan yang mudah menuruti kehendak muridnya
Atau yang tunduk pada juhala memanas kerusi penguasa.

Sepanjang sejarah anbiya dan hukama semua bangsa
Guru murshid tegap berdiri, berani berkata, sederhana.

Murshid memimpin murid dan institusinya, seperti helang
Bukan memaksa terbang di paras rendah seperti puyuh, belalang.

Seorang Ibrahim disebut Allah sebagai Umat
Murshid pewaris Nabi memang wajar jadi penyelamat.

Pemalu rentak Islamisasi ilmu seperti penjual jamu
Yang tidak tahu bahan-bahan dan asal usul yang diramu
Yang tidak mencuba dengan sempurna jamu jajaan
Minatnya memalu gong dan menjaja jamu di pasaran
Di rumah, jamu diatur merata sebagai perhiasan
Anak-isteri terkeliru antara jamu dan jamu-jamuan!

Seorang pentadbir, salah seorang penjual jamu
Menganggap dir begitu pandai dan berilmu
Mengarahkan semua pensyarah membatal kuliah
Demi mera’i sang menteri yang memberinya anugerah
Mengarah menebang meranti berpuluh tahun umur
Konon cintakan kebersihan, tidak suka daunnya gugur!
Membelanjakan jutaan ringgit membeli bunga-bunga palsu
Yang mudah dipindahkan ke sana ke mari bersama pasu.
Bangga mananam pokok-pokok besi harga berjuta
Agar tidak dihinggapi burung, tupai dan serangga.

Sayang, jamu ramuan Alim Mukhlis dicuri ilmuwan tiruan
Diingat gula, bangsa semut datang berjuta mencari habuan
Pengislaman ilmu bertunjang pada mengenali sifat Tuhan
Berakar pada peningkatan akali-roh-akhlak bertiga segi
Kerana manisnya bukan seperti gula
Untungnya bukan pada peningkatan harta
Mulianya bukan pada pengiktirafan penguasa,
dan puji-pujian golongan massa.

Justeru itu jamu asli pengislaman ilmu, alam dan insan
Kini dianggap racun yang bakal memundurkan
Lalu dijauhkan mereka yang bergelar cendekiawan
Dan yang mengaku beriman
Disokong boneka di puncak kekuasaaan.

V
Universiti menyebar ilmu pancaran agama dan tamadun
Mengukuh hikmat leluhur agung turun temurun
Bukan menginsankan insan tujuan sebenarnya
Itu sekadar pencapaian sekelumit paling sederhana
Tapi mengakhlakkan insan dengan akhlak Tuhannya
Itulah matlamat tertinggi, makam terpuji bagi manusia.

Wahai ketua universiti dan semua warga di dalamnya:
Bangun dan hilangkanlah arang di wajah bangsa.
Semua anak helang di sangkarmu, lepaslah terbang
Yang cerah mata dan terang hatinya, pasti pulang
Bersenjatakan hikmah pemikir terbilang
Dan keberanian dan kepintaran para hulubalang

Kisah Teladan Bait al-Muslim

Source: allgreenislamic.blopspot.com

Kisah dari Laman Ustaz Hamidi

Menarik cerita yang diketengahkan… moga ia menjadi teladan dan pedoman biat kita semua.

Saya mendapat kisah berikut daripada email teman-teman di ikram. Amat baik untuk diteladani.

KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

KISAH 2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi.. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

KISAH 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini…

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri Tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki… Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…

* Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
* berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
* Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
* Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???

Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…

 

 

Kebesaran Allah

Note : Klip ini saya temui semasa saya mencari video di youtube. Moga isi video ini memberi manfaat kepada kita untuk terus menjadi hamba Allah yang bertakwa.

FENOMENA AZAN

BENUA DAN PETA DUNIA

 

Firman Allah SWT (maksudnya):

” Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. ” [QS. Al-Maidah:120]

” Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, dan langit bagaimana ia ditinggikan?, dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?, dan bumi bagaimana ia dihamparkan? ” [QS. Al-Ghosiyah 17-20]

” Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya. ” [QS. Al-Furqan:2]

Subhanallah, Wal Hamdulillah, Allahu Akhbar

18 Tahun +++

Sejarah telah membuktikan bahawa jutaan malah lebih ramai daripada itu, jatuh tersungkur dan musnah gara-gara tergila-gilakan dengan satu perkara; seks. Nafsu yang buas sering membuatkan manusia yang sebaik-baik kejadian menjadi sama taraf dengan binatang, malah lebih teruk daripada itu.

Manusia menjadi semulia-mulia kehidupan yang diciptakan Allah swt hanya disebabkan oleh sebuah makhluk iaitu akal. Apa sebenarnya yang membezakan kita dengan binatang? Jika kita lihat dari segi saintifik, manusia dikelaskan sebagai mamalia dalam kingdom anamalia dan jika lihat sama sahaja ciri-ciri manusia dengan binatang. Malah dalam ilmu mantik manusia dikatakan sebagai “haiwan yang berakal.”

Jadi, apa kaitan antara nafsu manusia dengan senjata Yahudi untuk menguasai dunia dengan pornografi? Adakah dengan menggunakan nafsu manusia yang sememangnya cenderung keiinginannya terhadap seks ini dapat membuatkan mereka menguasai dunia ini?

Jawapannya adalah YA! Yahudi sungguh bijak mempermainkan nafsu manusia untuk mencapai cita-cita mereka untuk menguasai dunia ini. Statistik menunjukkan bahawa industri pornografi di Amerika sahaja telah mencatatkan keuntungan sebanyak USD 2.3 billion setahun!! Tidakkah ini satu pendapatan yang lumayan.

Prosefor Yahudi Pengajian Sejarah Amerika di University Aberdeen di UK, Prof. Nathan Abrams. Dia bangga yang Yahudi adalah kuasa penggerak kepada industri pornografi moden dan motivasi mereka adalah untuk memusnahkan moral umat Islam dengan pornografi!

Kajian menunjukkan bahawa dengan merangsangkan otak dengan seks, hormone yang dirembeskan oleh otak akan membuatkan sinaps sel-sel otak menjadi semakin longgar dan akibatnya adalah otak menjadi lemah dan daya ingatan menjadi semakin lemah.

Pornografi merosakkan umat Islam dengan memupuk seks bebas dan keterbukaan seks yang menjadi satu perkara yang terlarang dalam Islam. Malah dalam surah al-Israa’ ayat 32 Allah s.wt telah berfirman,

“Jangan kamu menghampiri zina. Sesungguhnya ia adalah perkara yang sangat keji dan jalan yang sangat jahat.”

Zina adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat dan mampu menjadi satu barah yang sangat kronik jika dibiarkan beretrusan dalam masyarakat. Zina menghakis rasa malu kita terhadap yang bukan muhrim. Zina mengakibatkan adap sopan yang selama ini kita dididik supaya menjaganya hancur. Zina mewujudkan melahirkan nafsu syahwat yang tinggi dan menyebabkan kita ketagih dengannya. Malah zina juga mampu merosakkan ukhwah antara keluarga, sahabat, jiran tetangga dan masyarakat.

Yahudi sememangnya terkenal dengan sikap keangkuhannya yang melampau dari dulu, kini dan selamanya. Manakan tidak berapa banyak rasul-rasul yag diutuskan kepada bangsa Yahudi dan berapa ramai yang mengikut ajaran nabi-nabi terbebut? Malah sanggup untuk mereka membunuh nabi-nabi dan mendustakan rasul-rasul! Mereka pernah diberi makanan daripada syurga iaitu Salwa dan Manna tetapi tidak bersyukur! Hasrat mereka untuk menguasai dunia dengan berpusatkan Palestin sentiasa dipahatkan dalam sanubari mereka semenjak kecil lagi. Jika kita meihat keaadaan sekarang apa yang tidak dikuasai Yahudi? Media? Ekonomi? Senjata? Teknologi sains? Ilmu pengetahuan? Dan kini, pornografi

Mereka sedar bahawa umat Islam merupakan satu umat yang kuat dan sukar untuk dikalahkan. Mereka sedar bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak pada Roh. Selagi mana mereka berpegang pada al-Quran dan Hadis, selagi itu kekuatan itu akan kekal. Mereka juga sedar bahawa satu masa nanti akan lahir generasi baru yang akan mengembalikan sinar cahaya Islam.

Perkara ini mesti dihentikan! Ya, dengan menjadikan jiwa remaja Islam lemah, tidak kisah lagi dengan masa depan Islam, tidak peduli lagi dengan perintah Allah dan Rasulnya, tidak kisah lagi dengan kemajuan umat dan negara, tidak peduli lagi dengan nasib umat Islam yang ditindas! Semuanya bermula dengan pornografi. Menamkan rasa syahwat yang menggila dan tidak dikawal dalam diri remaja.

Bermula dengan melihat bahan-bahan lucah, kemudian onani dan kemudiannya zina.

Apabila sudah ketagih, perkara lain tidak dilihat melainkan porno! Buka internet hanya untuk porno, bukan untuk mencari maklumat. Berjumpa perempuan bukan untuk berbincang hal-hal penting sebaliknya memuaskan nafsu.

Sedarlah umat Islam tentang perkara yang bahaya ini. Allah tidak menghalang seks sebaliknya ia menjadi satu ibadah yang sangat nikmat sekiranya halal. Cubalah bersabar untuk sementara waktu. Bina jiwa yang kuat yang tidak terikat dengan perkara-perkara yang melalaikan ini. Hentikan segera jika melakukannya. Ingatlah keseronokan sementara tidak menjamin kebahagiaan yang kekal. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita melawan nafsu ini.

WikiIslam : Ensiklopedia Yang Memusuhi Islam

Islam terus menjadi sasaran media kuffar untuk di permainkan dengan harapan pandangan umum terhadap Islam dan Ummat terus buruk dengan pelbagai sterotype yang telah di pamerkan oleh mereka. Di kalangan kaum Muslimin mungkin ramai yang tidak pernah mendengar tentang laman ini www.WikiIslam.com yang mengandungi kandungan yang penuh dengan penipuan dan pemalsuan terhadap ajaran dan sejarah Islam yang menjadi salah satu sumber rujukan umum terutamanya mereka yang selesa berbahasa Inggeris.
WikiIslam mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Ia berasal daripada seorang yang murtad daripada Islam berasal dari Iran yang tidak taat kepada Allah dan Rasul dan menetap di Kanada. Pendiri laman ini berakar umbi daripada Faith Freedom International pada September 2006 yang mengaku diri mereka sebagai pergerakan ex-Muslim yang bimbang terhadap peningkatan ancaman Islam terhadap dunia.
Ternyata laman ini di dalangi oleh kaum kuffar yang bencikan Islam kerana nyata tertulis dalam laman FAQ WikiIslam, laman ini bertujuan untuk membantu Muslim meninggalkan Islam dengan menyediakan maklumat yang tidak benar terhadap Islam.
Jika dilihat dengan lebih teliti terhadap puluhan artikel yang tersedia di sana, sesungguhnya ia mengumpulkan bahan-bahan yang negatif atau secara mudah, Islamophobia. Kesannya para pembaca yang tidak kritis dan memiliki sumber maklumat yang cetek, akan nampak gambaran bahwa umat Islam adalah umat yang bebal, ganas, terkebelakang dan bodoh. Tambahan lagi, hadir info-info dari laman seperti MEMRI yang merupakan alat propaganda Yahudi untuk menipu mata masyarakat nampak perancangan dan kesan kezaliman yang telah mereka lakukan.
Tidak jarang terdapat artikel ataupun definisi dari satu istilah Islami yang mengejutkan terdapat dalam laman tersebut. Yang sangat mengejutkan adalah pada halaman utama dari WikiIslam ditunjukkan sebuah kartun nabi Muhammad dari harian Denmark.
Tidak hanya itu, cubalah masukkan satu kata kunci dalam mesin pencari (search engine) WikiIslam tentang Allah, maka muncullah definisi mengejutkan yang akan membuat telinga kebanyakan Muslim geram atas kontroversi yang disebutkan dalam definisi tersebut. Disebutkan bahwa “Menurut Muslim, Allah merupakan Pencipta dari jagad Raya. Allah tidak berarti ‘Tuhan tetapi lebih kepada ‘Pencipta Jagad Raya’ dan hal ini merupakan tanda dari asal muasal musyrik Islam. Pada era sebelum Islam, Allah merupakan pencipta tertinggi, dewa dari orang-orang Arab. Kata Allah pada awalnya merupakan nama dari sebuah dewa bulan yang tinggal dalam sebuah batu yang terletak di Ka’bah. Allah juga merupakan Tuhan Bulan diantara tuhan-tuhan yang mereka percaya.”
Menurut sebuah penelitian pada 2002 oleh Profesor Jonathan Zittrain dan Benjamin Edelman dari Universitas Harvard, Saudi Arabia telah melarang laman tersebut. The Public Interest Registry (layanan Pendaftaran Kepentingan Publik) yang digunakan oleh semua domain.org, dan Alexa.com menyatakan bahwa laman FFI bertempat di Bellevue, Washington USA. Rangking lalu lintas untuk organisasi tersebut mengalami naik turun sejak didirikan pada Juni 2001. Menurut Site Meter, FFI telah memiliki lebih dari 25 juta pengunjung sejak didirikan, menerima kira-kira 10.000 pengunjung setiap hari sekitar satu juta halaman ditonton setiap bulan.
Justeru ini merupakan antara ancaman terhadap kaum Muslimin. Sememangnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran menyebut tentang angkara Yahudi dan Nasara yang sering merencanakan makar jahat terhadap Islam dan Ummatnya.
“Tidak akan redho si Yahudi dan Nasara hinggakan kita mengikut millah mereka” Al-Baqarah 2:120.
Kini tinggal usaha daripada kaum Muslimin pula untuk menggunakan segala sarana yang ada untuk berdakwah dan cuba untuk menarik seramai mungkin manusia ke arah Islam. Jika kaum kuffar bersungguh, apatah lagi kita kaum Muslimin, ummat yang di muliakan Allah, wajib kita lipatkali gandakan usaha kita untuk memerangai makar-makar jahat mereka.
Wallahua’lam
Sumber : Klik sini